AGGR-PHOTOGRAPHY

By: ZaminOmar Personal Photoblog

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 4-Aug-2009 00:00 Email | Share | Bookmark
Laporan miniPHOTOcamp JULY 09 by AGGR - Photography.

 
Laporan miniPHOTOcamp JULY 09 by AGGR - Photography.
Syukur Alhamdulillah...sekali lagi my miniPHOTOcamp telah berjaya baru-baru ini & seperti yang dijangkakan,sambutan begitu menggalakan kali ini.Clas telah berjalan selama 3hari & 2malam.

Class yang begitu pack,pada hari pertama mereka telah belajar asas marketing,tips2 marketing serta asas editing menggunakan adobe dengan cara yang betul & beberapa tips pantas pada sebelah petangnya.Pada sebelah malam,mereka telah dibawa ke Batu Feringgi untuk menikmati makanan segar dari laut (kedai seafood di bayu senja) & setelah itu berjalan2 ke night market di kawasan berhampiran.Pada hari pertama lebih kepada bersantai & tidak terlalu tekanan untuk semua.Pada sebelah malamnya ada yang rajin berbincang mengenai photography | kehidupan & perniagaan sehingga pukul 3-4pagi!.

Pada hari kedua clas telah bermula sekitar 9pagi dengan acara sarapan pagi di kedai berhampiran.Hari ke-2 agak mencabar kerana para peserta diberi penerangan secara detail tentang asas2 camera & teknik penggunaan yang betul ( penerangan & pratikal).Antara perkara yang disentuh ialah ISO,Speed,Aperture,Exposer.Mereka juga diberi kefahaman & bagaimana untuk memahami & bila kita akan menaikan atau menurunkan sesuatu setting tersebut,ada yang pantas belajar,ada yang perlahan.Teknik penggunaan lampu denyar juga diselitkan dalam setiap topik untuk memudahkan para peserta memahami secara detail tetapi ringkat,tepat & padu.Rata-rata pada mula agak perlahan,tetapi di pertengahan & akhir ramai mampu senyum gembira kerana telah diberi trick & petua2 berguna sepanjang pengalam saya berserta nota & gambar2 yang tidak pernah saya publishkan.clas telah berlanjutan sehingga lewat malam sehingga 2am!!.Ini kerana ramai yang bersemangat & ingin mengetahui & mencuba teknik2 rahsia saya (yang mana bercanggah didalam buku tetapi berhasil secara tepat & pantas didalam dunia realiti dengan menggunakan peralatan asas sahaja!).Di sebelah malam apabila semua sudah memahami menggunakan seting2 asas yang betul dalam M mode,mereka diajar mengambil gambar malam,night panning,nite potrait,penggunaan lampu denyar secara direct ketika waktu malam & bermacam2 lagi.Kemudian pukul 2am semua berhenti untuk makan & balik ke kem kami(rumah saya).Kemudian seperti malam sebelumnya,ada yang rajin berbincang tentang gambar2 yang diambil sambil berehat sehingga pukul 4-5am.

Pada hari ketiga class telah bermula sekitar pukul 10-11pagi dengan sarapan pagi.Class telah bermula agak lewat sedikit kerana rata2 keletihan kerana jadual & acara yang pack pada 2hari sebelumnya.Hari ketiga para peserta telah diberi penerangan tentang bagaimana menghasilkan gambar 10tahap exposer , metering & penggunaannya,angle.RO3,DOF,teknik bounce menggunakan flash,penggunaan reflector,CLS,gabungan trick2 untuk menghasilkan sekeping gambar yang cantik,"i click shutter every moment",art of seeing & sebagainya.Class telah berakhir tepat 5pm & masing2 berkemas untuk pulang.Sebelum itu,mereka semua dibawa ke Laksa Gajus Balik Pulau,& setelah itu sebilangan peserta meminta kebenaran untuk pulang ke destinasi masing2 kerana rata2 95% semuanya dari luar kawasan utara,& sebilangan lagi mengikuti sesi terakhir iatu mengambil gambar landscape & sunset.Secara tidak rasminya,class pada hari ketiga telah berakhir pada pukul 8malam.

Tahniah kepada semua saya ucapkan,bagi pengalaman saya menguruskan class,miniPHOTOcamp kali ini adalah yang terbaik diantara semua selepas 2tahun lepas di teratak review perak.Semuanya penuh bersemangat,walau letih & dalam masa 3hari rata2 tidur kurang dari 8jam!!,tiada yang merungut & sabar sepanjang class,TAHNIAH sekali lagi saya ucapkan kepada semua....

Kepada mus,iatu dahulunya merupakan peserta class 2class yang lalu,sekarang ini juga telah diberi kepercayaan untuk merakamkan gambar pada beberapa event untuk company saya & merupakan pembantu semasa class kali ini tahniah & terima kasih diucapkan.

Kepada peserta miniPHOTOcamp kali ini,sekiranya ada sebarang kekurangan & kelemahan mohon maaf dari saya,kepada yang belum memberi nama penuh,no ic & alamat penuh sila hantarkan secepat mungkin kepada saya di zaminomar@gmail.com untuk mendapatkan sijil kehadiran anda!!

Sekiranya para peserta rajin,sila hantar 10-20 keping gambar terbaik anda untuk saya publish dalam fotopages ini ataupun facebook saya.

Kepada yang ingin melihat gambar selebih miniPHOTOcamp kali ini,bolehlah add facebook saya or para peserta lain kerana ramai sekarang lebih gemar meng-update didalam facebook.Para peserta class kali ini juga ramai yang meng-update gambar2 class menggunakan facebook masing2.

Facebook saya ialah zaminomar.


(perserta kali ini 1 penang,3kelantan,6 dari KL & selangor,1 kedah )

Antaranya ialah dari kiri mata melihat berdiri = Shahrulzaman B Mohamad , Halim Mustafa , Mohd Izzairi Bin Yamin , Ade Sukeri , Ismail B. Mohd Ali, Asfarizal Abdullah , saya(cikgu utama) , Mahadi B Ali , Shamsul Fazily Haji Awang , Mohd Hazimi Bin Bakeri, Mus(pembantu saya). & dari kiri duduk - Juliana bt suwardi , Maizatul bt Abdul Rahman


para peserta tekun belajar ketika sesi indoor.




para peserta tekun belajar ketika sesi outdoor


jejaka tampan yg menjadi peserta & model pada miniPHOTOcamp kali ini.


membeli belah di night market.(class,jalan2,shopping,hilangkan tension semuanya sekali dalam 1 package!!)








gambar sekitar 2.30am pada hari kedua,semuanya kepenatan,lapar,mengantuk tapi masih gagah untuk bergambar & gambar terakhir isteri shah yang tercinta iatu wani turut menemani si suami belajar & menjadi model!!


antara yang masih setia mengambil gambar sunset & cls peringkat terakhir yg digabungkan bersama sunset pada hari terakhir.












sunset yang mempunyai unsur kecantikan & ceritanya sendiri.

p/s : sekiranya ada permintan lagi...I'allah saya akan mengadakan miniPHOTOcamp yang lebih gempak lagi!! & maaf kepada semua kerana sudah lama tidak mengupdate & membiarkan anda semua menunggu,kerja terlalu banyak sehingga menyebabkan saya tidak sempat untuk meluangkan masa kepada anda semua.....kepada yang setia membuka page saya ini...tolong jangan lari...kerana page ini akan kembali diupdate setiap hari tidak lama lagi.......


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Photographer ZaminOmar © All rights reserved.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Glamourous,intimate, sexy, natural and journalistic is how I describes art trues my eye & currently I'm doing >>
- wedding, engagement sessions,modern portraiture,modeling,events,sport,commercials,convocation & etc.
If you would like me to be the photographer at your event, please contact me with your date,venue and tentative itinerary.
Early booking is advised. I'm based in Penang,Malaysia but will travel if required.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Mohamad Zamin Omar*
AGGR-PHOTOGRAPHY
www.zaminomar.com ®
-Principal Photographer/Designer
B-2-14 Rumah Pangsa Kg.Melayu
11500 Air Itam
Pulau Pinang.
email : zaminomar@gmail.com
YM: azroy_kirana_muzaini
Hp: +6.017-5.9999.14 / +6.019-640.55.16



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net